Tamadun Si Jari Puaka
Millenial zaman yang caras segala ketamadunan akal
Dulu kala tamadun diukur dengan gah nya tiang dan menara
Gegaknya gong perang barisan tentera meliputi seisi alam tiada ternampak satu pun rumput di tanah
Gegaknya gong perang barisan tentera meliputi seisi alam tiada ternampak satu pun rumput di tanah
Berahinya wanita menggiurkan raksa lelaki yang rakus dengan intimidasi figura
Hebatnya menyimpan gelen darah di alang sejarah sebagai lelaki pendekar
Tiada feminisme
Tiada liberalisme
Tiada partisme
Tiada mazhabisme
Hari ini dikaji ianya gila alah
Sakar dunia
Sakar dunia
Rakus binatang
Tapi tiada beza,
Harini, Semalam atau yang lalu
mungkin juga masa seribu tahun yang akan berlalu
Manusia tetap rakus
Walau punya tamadun intelektual, spiritual, instruktual
Semuanya sampah yang takdapat dikiris
Reput
Ayuh kita ukur
Beza yang tiada
Berjuta perwira kekunci papan yang mencerca
Bak kata manusia mulia lidah itu lebih menikam tajam dari mata pedang
Tapi komunikasi dihujung jari puaka diolah pantas melibas kiri kanan tanpa pilih sarang
Menjatuhkan musuh
Musuh yang tiba-tiba menjadi musuh
Kerana meluat
Kerana menyampah
Kerana tidak berkenan
Ayuh kita ukur
Beza yang tiada
Gadis yang diragui gadis bergelek di maya dipertontonkan satu dunia
Lelaki rakus lantas mengambil pelincir
Lentok manja gadis terus menerus tiada memicing mata arjuna polos
Semuanya singkat
Bila ilmu meningkat
Dikatakan menindas wanita yang bernilai pangkat
Punya nilai bertunjang ringgit
Tapi maruah semurah seringgit
Khabar terus wanita itu mulia
Aksi sendiri menjurus gundik yang tidak bermaharaja
Jujur yang mengangkang untuk semua pendeta istana
engkau dan zaman gelap sama saja
hanya beza penggayaan dan bahasa
tapi kuantiti kain tetap sama
tapi nilai maruah tetap sama
tapi skala rakus tetap sama
mulut yang kini jari sebagai senjata
menikam musuh yang tidak enak di mata
terus
manusia tidak pernah bertamadun tanpa akhlak dan Tuhan yang Mencipta