Andainya kau tahu


Andai kau tahu
Yang aku tak punya apa
Dipinjamkan sedikit harta dari Tuhan
Untuk menguji aku membuat pilihan
Menabur jasa atau menjoran cinta
Hanya satu sahaja yang boleh dipilih
Mak abah yang bersesak nafas 
Tiada keluh kesah walau sarat masalah berat
Untuk adik-adik yang masih bersekolah
Untuk elak hidup merempat
Bergadai maruah mengemis secebis rezeki orang
Bagi anak-anak terasa senang
atau
Mengikat jiwa ke fasa yang berbeza
Mengikat dua jiwa 
Mimpi yang lama ditunggu semaian
Berbuah ranum di singgahsana mempelai
Asal mulut orang kiri kanan dapat dirapi
Agar tiada nista dan caci 
Tiada mengiringi angka kehidupan yang kian beranjak tua
Ditekan tekanan perasaan sekeliling menekan tanpa perasan
Diulang-ulang bagai siaran 
Kerap kali menjadi carta keluhan

Andai kau tahu
aku juga punya perasaan
walau dikatakan lelak itu gah, tapi ia berbeza zaman