Jari Penikam

Hari ini dunia ke hadapan mencipta pedang dibalik jemari.
Ghairah menikam setiap hati sehingga tiada rasa peri.
Tumpul dikira tidak berduri tidak juga menikam mati
Sedang hakikat jasad terbujur layu tanpa jiwa untuk hidup esok hari
Asyik mencantas dengan bahasa tiada pernah kenal sopan dan santun
Diagungkan melayu punya tinggi nilai pekerti
Apa kau telah murtad bangsa
Jari jemari menghamburkan setiap bisa
Yang panasnya lebih caras membaham manusia berbanding lidah
Yang abjadnya tidak terakal disisip daging lembut berlelangit
Kebenaran tak akan terungkai dengan kejian
Api fitnah merebak dengan pantas atas tiket kebencian
Engkau tak pernah sedar?
Setiap cacian itu bertopengkan syaitan menyebarkan benci di serata alam
Apa kau tidak konsius dalam benci lahir pembunuhan?
Dan harini kau dengan gah membunuh hati-hati manusia
Yang kau cemburui atas dasar apa yang tidak pernah kau kecapi
Yang kau cemburui atas dasar apa yang kau tidak alami
Dan kau ini gila
Digila-gilakan syaitan kerana hidup kau tak berTuhan
Sedang kalimah Tuhan sudah lama nukilkan untuk berkasih sayang
Masih engkau ingkari mengejar neraka abadi
Bodoh kadang kasihan.
Jalan manusia ini lorongnya terlalu banyak beda
Lahir sahaja seawal usia ujiannya telah diatur
Kertas soalan tidak akan sama
Jangan wujudkan stigma penanda aras yang sama sedang tatkala kau diuji langsung kau nafikan
Hairan disaat suruh berdakwah paling lemah dibenci dalam hati menjadi pilihan
Sedang menabur fitnah dan benci bebas memilih paling tinggi
Dikorban anggota tubub asalnya hujah menang walau nanti dibakar api
Hentikan,
Dunia sudah penuh dengan kebencian
Walau kau tahu isinya penuh kepalsuan
Asyik memilih nafsu dalam perkataan
Hidup tidak akan pernah mencapai kebahagian .
Ini hakikat kebenaran
Dan kau masih selindungkan.....