Reinkarnasi Hayat



Dunia kau lebat dengan tangisan
Aku dengar, setiap titisan yang meretakkan
Yang meremukkan
Kadang ianya tidak terluah
Tapi aku ralit dengan urat, yang sarat, yang terlalu berat.
Kau diamkan, kau sembunyikan, kau pertahankan.
Lalu sayang, ia sudah terlerai menjadi serpihan
Terus dalam menghiris
Terus hancur menggilis
Segala impian yang kau cuba untuk realis
Retak di kaca mata iris
Kini tinggal jasad yang terhuyung hayang tanpa matlamat
Kau sudah mati semangat
Bagai roh ditarik tanpa rela jasad sebelum disusukkan ke dalam lahad
Kau mati selagi kau taknak kembali
Aku perhati kau masih berpaling dari Ilahi
Reinkarnasi? Takkan berguna walau berpuluh hayat
Selagi kau tidak mahu kembali, selagi itu kau terus mati.