Panas Baran . .


Mata merah menahan segala perasaan yang berkecamuk !  

Barang di tangan dihempas tanpa aku pedulikan siapa ada di sisi . Aku tak kesah marahkan siapa kerana amukan perasaan yang memberontak lebih dahulu menguasai akal dan qalbu . Baran ! Aku cukup baran dengan orang. Walaupun tidaklah sebesar mana silapnya, sekali 'suis' amarah ku ditekan punatnya, maka segala anggota badan membangkangi hal .

Sungguh . . . Aku benar-benar bersungguh apabila tengkingan dan cacian yang aku lemparkan tidak dimaksud oleh hati dan perasaan rasional ku . Masakan lidah aku mendahului akal. Iman aku terlalu lemah untuk merasionalkan segala perihal . 

Aku terkesima . .  Marahku terhadap ibu bapa tanpa sedar .  Memberikan aku seribu penyesalan. Bukan tiada hormat. Namun lancar mulut puaka ini melawan kata.  Seringkali begini. . . 

Minda ku mula melayarkan filem negatif tentang keadaan masa akan datang . . Kadangkala ia berkesan pabila mengingatkan impaknya yang bakal disandang. Namun bakinya melebihi kemarahan yang kian bertandang. .  

Aku pejamkan mata lalu menyeru nama Tuhan , Allah Yang Maha Suci lagi Maha Mulia. .  kerana aku percaya ketenangan itu milik Allah, dan hanya pada Allah aku meminta ketenangan dan menghilangkan kegusaran. . 

Orang yang paling hebat dan kuat ialah orang yang menahan kemarahan daripada menguasai fikiran