Kami kaum pelindung !

Kami bukan pengongkong. tapi Kami Pelindung ! 

Sebagai lelaki, memang tidak enak kita melihat wanita bebas berperlakuan mengikut nafsu mereka untuk mengerjakan kenikmatan . Pastinya kita akan rasa untuk menghalang, melarang dan juga tidak membenarkan. Tapi, yang dikhuatiri , kaum mereka pula yang membangkang kerana terlalu mengongkong. 

Kembali kepada fitrah . . .Tugas lelaki terhadap wanita adalah sebagai pelindung. . Rasional lelaki lebih tinggi berbanding wanita yang dikuasai oleh 9 nafsu berbanding akalnya yang satu . Disebabkan itu lelaki pantas untuk memutuskan keputusan dengan bijak tanpa dikawal oleh baki nafsu yang lain berbanding wanita.

Namun, lelaki sering dipersalahkan . . Hukum ini tidak aci. ! katanya . . 

Tetapi acikah seorang suami yang terpaksa menanggung dosa si isteri kerana isteri sibuk untuk memenuhi nafsunya  ? Acikah seorang suami terpaksa diikat rantai neraka disebabkan dosa isteri yang tidak mendengar kata Allah yang Maha Esa ? 

Hukum Allah itu adil . tiada istilah aci atau tidak . . .makanya adil untuk seorang lelaki melarang wanita melakukan perkara yang mengikut hawa nafsunya semata-mata . . . Disinilah peranan seorang lelaki melindungi wanita dengan nasihat dan larangan berlandaskan hukum Allah yang adil dan saksama  . .