Aku ingin terbang . .

Aku bukan bangsa polip yang punya sayap untuk terbang merentas benua , menongkah angin di langit . .

Aku selalu berangan-angan untuk ke sana ke situ . Melihat dunia yang baru. Walaupun sudah lama ia wujud. Namun bagi aku yang terperangkap di sangkar Kuala Lumpur, amat memberikan keterujaan yang tinggi untuk melihat dan menghayati suasana peradaban manusia di tempat dan cuaca yang berlainan.

Impian dan keinginan itu sentiasa ada. Tapi, setiap kali aku bayangkan, aku pasti mengeluh. Ya ! aku tahu di bumi mana sedang aku pijak. 

Kadang-kadang aku minta pada Allah, agar dikurniakan sayap untuk terbang merentasi benua tanpa perlukan pasport dan nilai perbelanjaan yang tinggi. Tapi, aku takut akan ditembak oleh pemburu kerana disangka burung yang enak di makan. Lalu aku batalkan niat. (pengaruh filem)

Cemburu melihat sahabat yang merantau jauh . .

Aku juga ingin terbang jauh . . . . .