Semester Berakhir . .

Sesusia masa akan tamat tempohnya bila angin bernyawa terkandung ditarik keluar dari jasad yang longlai menyembah bumi . . .

Seutas tasbih begitu rasanya sebuah perjalan meniti sebuah kehidupan yang tidak kekal dan penuh kebatilan. Pusingan masanya yang cukup pantas, mencantas segala perkara untuk dilaksana dalam kehidupan. Tinta yang singkatnya diisi coretan. .

*********************************************************************************
Sedar tak sedar , waktu aku di semester satu akan berakhir. Tinggal seminggu lagi untuk aku melangkah keluar bagi menunggu langkah peluang pada semester akan datang. Rasanya baru sahaja aku celikkan mata dari tidur yang sekejap di atas katil hostel. Adakah ia sudah berakhir?

Adakah diwaktu tidur aku melalui relung masa yang mempercepatkan aku ke masa hadapan ? Hairan. . .

Bumi sudah tua dan mengecil. Putarannya semakin pantas apabila diameter semakin mengecil. Itu hakikat teori sains oleh pakar saintis. Impaknya terasa semua umat manusia. Mereka mengeluh dunia semakin pantas.

Tidaklah mereka khuatir tentang bumi.  Tetapi risaukan dunia yang akan pergi. Ajal mendatang maut bertandang, menjemput pulang dari sebuah perjalanan, bertemu Tuhan .

Ahh ! masa terlalu pantas. . . Aku rasakan baru sahaja tutup buku untuk sesi waktu belajar yang pertama. Hakikatnya, peperiksaan akhir akan bertamu melihat prestasi aku yang bakal gagah ataupun tersungku rebah. Walau ia secarik kertas hina, namun penentu cita-cita aku kelak. . Aihh ! Tak terlepas diri aku daripada keluhan . . .  Yaa. . Kerna aku belum bersedia. . . Bersusah payah bersama pena, memecah kepala mencari idea. . Sungguh meletihkan . . letihnya tidak seperti berlari satu dunia. . .Ahh ! Metafora bahasa. . .

Doakan aku untuk berjaya.
Doakan aku untuk gembira.
Doakan aku untuk bahagia.
Doakan aku untuk menggapai cita.

Gagal aku bukan di atas nilai perpuluhan. Tetapi gagal aku tiada ilmu aku perolehi . .