Munafiq suka bersumpah .

Orang jahil meletakkan lidah dihadapan hati. Orang bijak meletakkan lidah dibelakang hati . .

Bismillahirrahmanirrahim . . .

mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)"

-mereka itu MUNAFIQ !

***************************************************************************************************************************

Berkata itu dan ini bukanlah menjadi kesalahan bahasa ataupun tatabahasa . Tetapi selarasnya ayat dengan maksud sebenar biasanya akan lari. Disitu DBP akan pening kepala untuk mengitabkan lagi kamus yang sedia ada kepada kamus bahasa yang baru. Penggunaan yang berbeza di atas maksud yang tiada makna akan menyukarkan fahaman rasional terhadap penyampaian. Itu akan membuatkan masyarakat membuat pokerface untuk kesukaran memahaminya..

**********************************************************************************************************************************

Perasannya aku mendengar setiap butir bicara daripada sahabat yang kuat sembang dan kuat gebang perkataan sumpah bagi menguatkan lagi auta agar ia kedengaran menjadi fakta sekaligus memberikan satu tekanan perasaan untuk kita mempercayainya serta-merta.

95% daripada cerita kedai kopi sahabat dan taulan , hadirin dan pengunjung, kaki lepak dan kaki semak biasanya suka untuk menceritakan isu-isu perihal diri , semasa, politik, sarkastik, lingustik, gusti, sukan, gaduh, masalah remaja, pembuangan bayi dan bla bla bla bla bla . . . 

Masing-masing memberikan hujah yang mantap. Mengondem pihak sana sini dengan hujah yang hebat dan padat. Tetapi, faktanya hanya 5% bakinya auta semata. Tetapi, dikuatkan pula dengan perkataan SUMPAH, maka automatik, tekanan perasaan untuk mempercayainya meningkat secara mendadak. Maka percayalah kita dengan ceritanya. 

Isunya disini, aku tidak mempedulikan soal auta, tetapi aku nak menguatkan tentang sumpah, sumpah, sumpah dan sumpah. Bagi aku sedikit cacat suasana apabila anda bersumpah dengan cerita sampah. Kerana untuk apa anda menyumpah diri menjadi sampah disebabkan oleh cerita sampah yang didengari daripada orang yang sangat menyampah (fahamkan sendiri maknanya). 

Aku rasa sedikit tidak selesa dengar cerita yang cukup menang gaya apabila sumpah diserta.
Sumpah ! aku menyampah gila !

Bahasa perlu dimenangkan dengan maksud yang betul. Jangan main hantam sahaja untuk berkata. Jangan jadikan budaya perkara yang tidak benar. . . . . 

p/s : selepas ini DBP perlu menjadikan sumpah dan gila sebagai kata penguat ayat !