Jikalau puasa itu sekadar puasa.

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan"

Ramadhan telah mampir setelah 11 bulan kita menanti untuk mendapatkan ganjaran dan manfaat daripadanya. Maka berduyun-duyun manusia mengimarahkan masjid untuk melakukan solat sunat terawih berjemaah. Hairannya muka-muka yang tidak pernah kenal, dapat dijumpai waktu itu juga. Mungkin keberkatan ramadhan.


Hari-hari seterusnya, untuk 10 hari yang pertama semangat untuk bersolat terawih secara berjemaah membara. 10 hari berikutnya, semangatnya kian pudar untuk hadir berjemaah di masjid. 10 hari terakhir, semangatnya kembali membara untuk mengimarahkan ruang-ruang pusat beli-belah yang tersedia dengan jualan rayanya. 

Namun, persoalan yang biasa bapa-bapa tujukan kepada anak-anak mereka yang mana , "bagaimana mahu beraya jikalau puasa tak penuh?"

Soalan ni juga perlu ditujukan kepada bapa-bapa budak sekali. Melihat kepada hipotesis intaian bahawa, ramai usia di peringkat remaja, belia sehingga dewasa tidak berpuasa di bulan ramadan. 

Kenapa banyak kereta mayat digunakan ketika bulan ramadan untuk mengangkut orang yang tak berpuasa serta yang bersekongkol dengan mereka merupakan orang-orang tua? 

Inilah sebabnya mereka menganggap puasa itu hanya sekadar puasa walaupaun sudah berpuluh tahun hidup. Bukan satu perintah untuk menjadikan lebih taat kepada Allah. Bagaimana boleh menjadi taat kepada Allah . . .?

Kita tak pernah nampak Allah, tapi kita yakin Allah itu ada. Kita boleh makan dibelakang manusia, tapi kita tidak sebab yakin bahawa Allah melihat perbuatan kita. Kita yakin ada seksaan kelak di akhirat yang akan di berikan kepada mereka yang tidak berpuasa. Disitu tarbiyah ramadan terlaksana apabila mentaliti manusia meng'set'kannya. . .

Sayang sekali tidak ramai yang melakukannya. Mereka melihat ramadan sekadr puasa. Puasa dari makan dan minum dihadapan manusia. Dibelakang manusia mereka rakus melahap. Maksiat tetap dilakukan kerana menganggap lapar nafsu tidak perlu dipuasakan.  

Apabila tibanya akhir ramadan, semua sekali kelihatan teruja berjimba di pusat beli-belah. Membawa beg-beg belian sambil menyanyikan rangkap-rangkap dan bait-bait lagu raya. . 

Moga Allah memberikan taufiq hidayat di atas segala amal perbuatan kita. . . . .