Ujian

Pelbagai bentuk ujian Allah s.w.t berikan ke atas setiap hamba-Nya. Bukan niat mahu menyeksa, tapi menguatkan mandiri. Teguh dan tabah. Adakah kita akan berpaling dan menafikan Allah di sebabkan Allah itu memberikan ujian yang sedikit.? Allah tahu bebanan yang mampu kita terima. Allah Maha Mengetahu segala-galanya. Allah yang menciptakan kita. Masakan, contoh, seorang profesor tidak bisa mengetahui kelemahan rekaannya sendiri. Sedangkan Allah itu pencipta, bukan pereka. Dia lebih Mengetahui segalanya.

Allah sendiri beritahu, bagaimana kita ini dikatakan beriman sedangkan kita ini belum lagi diuji. Apabila telah diuji seseorang itu, dan dia bersabar dengan dugaan Allah, maka akan diangkat darjatnya. Sedangkan manusia yang penuh kelalaian dalam melakukan solat pun lebih baik daripada solat malaikat Jibrail yang bersujud kepada Allah selama 70,000 tahun. Mulia manusia lebih tinggi daripada malaikat yang maksum. Dan semakin dekat dengan Allah, apabila kita beriman setelah diuji.

Moga Allah memberikan ketabahan dan keteguhan iman. . . .